Thursday, December 18, 2008

Koreksi Diri



Salam

Kembali menemui adik-adik sekalian, moga sihat sejahtera hendaknya. Tentu seronok bercuti sebulan lebih di rumah kan..tapi cuti semester dah nak abis.. Banyak lagi aktiviti yang korang nak buat agaknya so manfaatkanlah masa yang masih ada dengan sebaik-baiknya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam & esok lebih baik dari hari ini, insyaAllah.


Ada beberapa orang yang menghubungi saya..nak tau result MCF3023. Actually, semua result telah diperakui & disahkan dalam mesyuarat jabatan pada 24 Nov 08 yang lalu. Secara keseluruhannya, maaf.. agak mengecewakan.


60% kerja kursus, 40% untuk final. Terus-terang saya katakan.. saya amat terkejut apabila ada di kalangan kita yang tidak menghantar 2 tugasan akhir yang saya berikan tanpa sebarang alasan! Saya tidak nafikan ada yang minta tempoh lanjutan & ada yg bertanya peruntukan markah.. Adakah ini menjadi penentu untuk laksanakan sesuatu tugasan??
Maaf.. peruntukan markah bagi setiap tugasan adalah sama... tiada yang terkecuali.
Walaupun timbul rasa sedih & terkilan di hati, tapi saya harus terima hakikat & redha dengan ketentuan-Nya. Awak semua telah berusaha sedaya mampu & itulah hasilnya.. terima kasih adik-adikku sekalian.

Di kesempatan ini, saya ingin berpesan kepada diri saya & adik-adik..setiap tugas yg kita lakukan sama ada kecil @ besar... tanggungjawabnya adalah sama... itu adalah satu amanah yang perlu disempurnakan dengan sebaik mungkin. Usah ditanya apa & berapa banyak ganjarannya tapi lakukanlah dengan seikhlas hati... yakinlah dengan rezeki yang Allah berikan sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti, insyaAllah.


Perjuangan dalam medan menuntut ilmu perlu diteruskan walau sehebat mana pahit ranjaunya. Ingatlah.. "sesungguhnya Allah bersama-sama hamba-hamba-Nya yang bersabar".

Sekian, moga ukhwah yang terbina tidak ternoktah di sini saja.

No comments: